Breaking News
recent

Top 5 Ahli silap mata tersohor dunia


1. The Pendragons
The Pendragons dianggotai oleh sepasang suami-isteri iaitu Jonathan dan Charlotte Pendragon. Digelar sebagai "physical grand illusion". 
The Pendragons bermula di Universiti of California, di mana Jonathan sedang belajar teater dan Charlotte sedang belajar menari.

Mereka pernah disenaraikan dalam Guinness Book of Records dengan aksi tukar pakaian terpantas. Laman Rasmi



 
2. David Copperfield
David Copperfield merupakan ahli silap mata yang termasyur dan amat dikenali di seantero alam.Mula menpraktikkan silap mata pada usia 10 tahun dan pada usia 14 tahun mula menjadi ahli "Society of American Magicians" yang termuda. Pada usia 16 tahun dia mengajar silap mata di Universiti New York.

Pada tahun 1977, bakat Copperfield diserlahkan oleh joseph Cates yang mengelola rancangan "The Magic of ABC" bersamanya.
 David Copperfield telah terlibat dengan lebih 20 rancagan tv. Laman Rasmi

3. Criss Angel
Chriss Angel terkenal dengan rancangan tv-nya iaitu "Criss Angel Mindfreak" dan live performance show Criss Angel Believe, with Cirque du Soleil, at the Luxor casino, in Las Vegas, Nevada.

 Pada usia 7 tahun, dia diperkenalkan tentang silap mata ni oleh makcik dia yang mengajar silap mata secara sederhana-sederhana sahaja. Kemudia dia menjadi obsess dengan silap mata dan membuat persembahan silap mata pertamanya pada usia 12 tahun di pesta ulangtahun kejiranan dia dengan bayaran $10.Laman Rasmi


4. Lance Burton
Lance Burton dilahirkan pada 1960 dan telah muncul dalam pelbagai acara tv.  Mula menceburkan diri dalam silap mata pada usia 5 tahun dimana dia diberikan hadiah sebuah buku "Magic Made Easy" dan ianya mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Memenangi pertandingan sihir pada usia 18 tahun dan dianugerahi "Gold Medal of Excellence" daripada International Brotherhood Magician pada usia 20 tahun. Laman Rasmi



5. Paul Daniels  
Paul Daniels mendapat pengiktirafan antarabangsa dari acara TV "The Paul Daniels Magic Show", yang ditayangkan di BBC pada tahun 1979-1994. Minatnya dalam bidang silap mata bermula pada usia 11 ketika ia membaca sebuah buku berjudul "How To Entertain At Parties".
Dari awal remaja lagi Paul Daniels mula menjadikan silap mata sebagai hobi dalam majlis-majlis dan dia ditawarkan membuat persembahan di Newquay pada tahun 1969. Laman Rasmi 
Aima

Aima

Powered by Blogger.