Blackberry 10
Walaupun agak lambat menghasilkan smartphone yang mampu bersaing dengan Samsung Galaxy dan iPhone, Blackberry 10 dikatakan akan mampu untuk bersaing dengan smartphone keluaran Samsung dan Apple. Setakat ini hampir 20,000 Aplikasi untuk Blackberry10 telah dibuat oleh developers walaupun masih belum dipasarkan. Blackberry 10 dijangkakan berada di pasaran pada awal tahun ini.
Firefox OS
Bila mendengar nama Firefox mesti ramai orang akan teringatkan Mozilla Firefox web browser. Tapi kini komuniti Mozilla cuba membangunkan Smartphone OS untuk cuba bersaing dengan OS yang sedia ada. Operasi Firefox OS dikatakan sama dengan Android, cuma Firefox OS tidak boleh menyokong Android Apps dan hanya bergantung kepada Web Apps yang disediakan di Mozilla App store. Firefox OS lebih fokus pada Smartphone kos rendah dan berada di pasaran awal tahun ini. Anda boleh cuba simulasi Firefox OS di sini (Guna Mozilla Firefox).
Jolla
Jolla merupakan kesinambungan kepada OS Nokia sebelum ini iaitu MeeGo. Jolla menfokuskan kepada OS yang mempunyai paparan ringkas dan lebih kepada pengawalan sesentuh yang fleksibel. Jolla akan mengeluarkan OS mereka dengan nama Sailfish OS dan mengesahkan kebangkitan semula MeeGo dengan nafas baru setelah ditinggalkan oleh Nokia yang pada masa ini menggunakan Windows phone sebagai OS.
Ubuntu for Mobile
Tizen
Tizen merupakan kesinambungan sistem operasi keluaran Samsung sebelum ini iaitu BadaOS. Operasi Tizen disamakan dengan Firefox OS yang menggunakan HTML5. Adakah Samsung akan menukarkan Android yang sekarang ini kepada Operasi sistem mereka sendiri pada masa akan datang? Kita tunggu dan lihat.
Sumber : Digitaltrends