Breaking News
recent

5 Pesaing baru Sistem Operasi Android, Windows Phone dan Apple ios

Bila sebut je pasal Smartphone Operation System(OS) mesti orang akan hanya sebut Google Android, Apple iOS dan Windows Phone. Sebenarnya masih banyak lagi OS untuk telefon pintar yang wujud dipasaran masa kini dan mampu bersaing dengan OS yang sedia ada sekarang. Bagi tahun 2013, terdapat 5 pesaing yang dapat disenaraikan bakal menjadi pesaing hebat yang mampu bersaing dengan Android, ios dan windows phone. Check it out for details....



Blackberry 10

Walaupun agak lambat menghasilkan smartphone yang mampu bersaing dengan Samsung Galaxy dan iPhone, Blackberry 10 dikatakan akan mampu untuk bersaing dengan smartphone keluaran Samsung dan Apple. Setakat ini hampir 20,000 Aplikasi untuk  Blackberry10 telah dibuat oleh developers walaupun masih belum dipasarkan. Blackberry 10 dijangkakan berada di pasaran pada awal tahun ini.



Firefox OS
Bila mendengar nama Firefox mesti ramai orang akan teringatkan Mozilla Firefox web browser. Tapi kini komuniti Mozilla cuba membangunkan Smartphone OS untuk cuba bersaing dengan OS yang sedia ada. Operasi Firefox OS dikatakan sama dengan Android, cuma Firefox OS tidak boleh menyokong Android Apps dan hanya bergantung kepada Web Apps yang disediakan di Mozilla App store. Firefox OS lebih fokus pada Smartphone kos rendah dan berada di pasaran awal tahun ini. Anda boleh cuba simulasi Firefox OS di sini (Guna Mozilla Firefox).



 Jolla

Jolla  merupakan kesinambungan kepada OS Nokia sebelum ini iaitu MeeGo. Jolla menfokuskan kepada OS yang mempunyai paparan ringkas dan lebih kepada pengawalan sesentuh yang fleksibel. Jolla akan mengeluarkan OS mereka dengan nama Sailfish OS dan mengesahkan kebangkitan semula MeeGo dengan nafas baru setelah ditinggalkan oleh Nokia yang pada masa ini menggunakan Windows phone sebagai OS.




Ubuntu for Mobile


Ubuntu amat dikenali dikalangan pengguna OS komputer yang berasaskan Linux. Ubuntu for phone sama seperti Android iaitu menggunakan Linux, driver yang sama dan mampu beroperasi menggunakan ARM atau Intel processor. Ubuntu for phone ini boleh di install terus ke dalam  phone yang menggunakan sistem operasi Android. Buat masa ini Ubuntu Phone masih lagi ditahap pembangunan dan penambahbaikan.



Tizen
Tizen merupakan kesinambungan sistem operasi keluaran Samsung sebelum ini iaitu BadaOS. Operasi Tizen disamakan dengan Firefox OS yang menggunakan HTML5. Adakah Samsung akan menukarkan Android yang sekarang ini kepada Operasi sistem mereka sendiri pada masa akan datang? Kita tunggu dan lihat.




Sumber : Digitaltrends
Aima

Aima

Powered by Blogger.